PERIBAHASA

Sebelum memulakan pembukaan blog ini.Bagi menjadi pembuka kata blog ini,bacalah 4 rangkap pantun yg telah disediakan.

Hasil carian imej untuk gambar bungaSIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG, 
 SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
 AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185), peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.

Kamus Dewan (1997:375) pula menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara pemakaian bahasa iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, proinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat, prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan, Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan budaya Melayu.

Peribahasa, seperti yang diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia.


Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi :
  1. SIMPULAN BAHASA 
  2. PERUMPAMAAN 
  3.  PEPATAH 
  4. BIDALAN 
  5. KATA-KATA HIKMAH 

Berikut ialah beberapa contoh peribahasa yg kami tahu =


  • SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.

 Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.


SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
Ada angin
Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
 Ada bakat
Mempunyai tokoh atau perwatakan
 Air muka
 Rupa atau wajah seseorang
 Bahasa pasar
Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya 
 Banyak mulut
Orang yang banyak cakap 
Batu api 
Orang yang suka menghasut 
Cahaya mata 
Anak 
 Cakar ayam
Tulisan yang buruk 
Campur tangan 
Turut serta atau mencampuri urusan orang lain 
Dalam tangan
Sudah pasti akan diperolehi
Darah daging
Anak kandung
Durian runtuh
Keuntungan yng diperoleh dengan tidak disangka-sangka
Gaji buta
Mendapat gaji tanpaperlu bersusah payah
Harga diri
Maruah atau kehormatan seseorang
Hati batu
Degil atau keras hati
Hidung tinggi
Sombong atau tinggi diri
Ikat perut
Menahan lapar kerana berjimat
Iri hati
Cemburu atau menyimpan perasaan dengki
Langkah kanan
Bernasib baik
Lidah cabang
Kata-kata yang tidak dapat dipercayai




  • PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Contoh Perumpamaan dan Maksudnya.


PERUMPAMAAN
MAKSUD
 Bagai aur dengan tebing
 tolong-menolong antara satu dengan yang lain
 Bagai bunyi cempedak jatuh
 bunyi jatuh yang kuat
 Bagai bulan dipagari bintang
 kecantikan gadis yang tiada bandingannya
 Bagai diiris dengan sembilu
 perasaan yang sangat pedih
 Bagai duri dalam daging
 sesuatu hal yang tidak menyenangkan
 Bagai enau dalam belukar melepaskan
 pucuk masing-masing
 hanya mementingkan diri sendiri
 Bagai itik pulang petang
 berjalan lambat sekali
 Bagai isi dengan kuku
 persahabatan yang sangat erat
 Bagai kacang melupakan kulit
 orang yang tidak tahu mengenang budi
 Bagai kumbang putus tali
 amat cepat; terlepas daripada sengsara
 Bagai melepaskan batuk di tangga
 membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
 Bagai menatang minyak yang penuh
 mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
 Bagai mencencang air
 membuat pekerjaan yang sia-sia
 Bagai mural tercabut ekor
 seseorang yang becok mulutnya
 Bagai si kudung mendapat cincin
 orang yang tidak dapat merasai nikmat atau
 menggunakan kemudahan yang diperoleh
 Bagai pinang dibelah dua/
 Seperti cincin dengan permata
 pasangan yang sama padan dan sama cantik
 Bagai tikus membaiki labu
 merosakkan lagi barang yang dibaikinya
 Seperti abu di atas tunggul /
 Seperti telur di hujung tanduk
 kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
 Seperti anak ayam kehilangan ibu
 berpecah dan hilang tempat bergantung
 Seperti anjing dengan kucing
 adik-beradik yang suka bergaduh



    • PEPATAH

    Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah.


    Contoh Pepatah dan Maksudnya.


    PEPATAH
    MAKSUD
    Ditelan mati emak, diluah mati bapa
    Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting
    Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah
    Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita
    Guruh tak berbunyi, malang tak berbau
    Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu
    Harapkan pagar, pagar makan padi
    Percaya akan orang yang mengkhianati kita
    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Bekerjasama dan tolong-menolong
    Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
    Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga
    Biar putih tulang, jangan putih mata
    Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu
    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
    Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya
    Genggam bara api, viar sampai jadi abu
    Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya
    Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya
    Kejayaan tidak akan dating begitu sahaja tanpa berusaha
    Takut kerana salah, berani kerana benar
    Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani
    Buang yang keruh, ambil yang jernih
    Buang yang jahat, ambil yang baik
    Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
    Mendapat sesuatu yang diingini





    • BIDALAN

    Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.

    Contoh Bidalan dan Maksudnya.


    • Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
    Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha.


    • Alur tempur, jalan berturut
    Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim.


    • Belum duduk, sudah belunjur
    Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.


    • Berbuat di alang, belayar di musim
    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.


    • Biar genting, jangan putus
    Biar rugi sedikit daripada rugi banyak.


    • Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
    Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik.


    • Biar putih tulang, jangan putih mata
    Sanggup mati daripada menyerah kalah.


    • Biar titik, jangan tumpah
    Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak.


    • Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
    Berbuat baik biar sekadar tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali.


    • Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
    Selalu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu.


    • Cicir dipungut, hilang dicari
    Jangan melakukan pembaziran.


    • Daripada cempedak baiklah nangka
    Lebih baik ada daripada tiada langsung.


    • Elok lenggan di tempat data
    Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sesuai.


    • Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula
    Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semua.

    • KATA - KATA HIKMAT

    Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.

    Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.



    Contoh Kata-kata Hikmat

    • Bahasa menunjukkan bangsa
    • Bersatu teguh, bercerai roboh
    • Maju bangsa maju negara
    • Jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata
    • Kita mesti menanti waktu, waktu tidak menanti kita
    • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
    • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. Andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.
    • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
    • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.
    • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
    • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
    •  Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dankeamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
    •  Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari member dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
    • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
    • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.



    Kami bertiga meminta maaf jika ada kekurangan didalam blog kami.Itu sahaja yg kami dpt terangkan kepada anda.
    Hasil carian imej untuk gambar bunga




    MINUM SIRAP DENGAN SELASIH,    
    CUKUP SEKIAN TERIMA KASIH.

    Ulasan

    1. Jangan pandang orang berkata,pandang apa dia kata ertinya??

      BalasPadam

    Catat Ulasan