Catatan

PERIBAHASA

Imej
Sebelum memulakan pembukaan blog ini.Bagi menjadi pembuka kata blog ini,bacalah 4 rangkap pantun yg telah disediakan. SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,   SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,  AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185), peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Kamus Dewan (1997:375) pula menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara pemakaian bahasa iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, proinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski